entries ● about

Tuesday, January 20, 2015
.heartbeat. @January 20, 2015


"Meh sini" Dia berkata sambil menepuk dadanya perlahan. 

Aku tersenyum lalu meletakkan kepalaku di dadanya. 

"Dengar tak ?" 

Aku mengangguk perlahan, masih tersenyum.

"Sekarang ni, dia berdegup sebab kau."

Aku tersipu malu.

**

Malam itu kami keluar makan, berdua. Sebelum tu aku dan dia tidak bertegur sapa atas sebab yang aku sendiri tak tahu.

Suasana dalam kereta senyap sunyi. Aku membisu di tempat duduk sementara dia memandu ke destinasi.

Tiba - tiba dia memegang tanganku dan mengusapnya perlahan. Aku memandang kearahnya namun tidak mampu menafsir raut wajahnya kerana keadaan terlalu gelap.

She was never a romantic person. But this kind of things are the one that make me knows that she really love me.

**

Awak, eventhough kita dah takde pape, tolong jaga hati awak untuk saya. Boleh ?

Saya rindu.

Haih. Tak tahu apa yang tak kena hari ni. Dinding yang aku bina tu runtuh dah ke ? Haha.
Takde angin, takde ribut, tiba tiba rindu. Tiba tiba menangis.

p/s : time aku tulis ayat menangis tu, telefon aku berbunyi, dia call. Panjang umur. Haha. Macam mana aku tak gila cenggini?




-Quinn.